PERATURAN

PERATURAN PSS SK PASIR GEBU

PERATURAN DI PERPUSTAKAAN

WAKTU PERPUSTAKAAN DIBUKA

  • PSS termasuk Perpustakaan, Makmal ICT, Pusat Akses, Bilik SAL, Bilik BBM,Bilik Pameran dan Bilik Tayangan dibuka dari  7.40 Pagi hingga 3.00 petang  hari Persekolahan untuk penggunaan kelas.
  • Perpustakaan dan Pusat Akses dibuka pada waktu rehat untuk peminjaman dan pemulangan bahan, membuat rujukan dan bacaan ringan.
  • Perpustakaan dibuka pada setiap hari Sabtu  dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk peminjaman dan pemulangan bahan, rujukan dan bacaan ringan.
  • Perpustakaan dibuka pada hari cuti persekolahan Isnin hingga Sabtu mengikut permintaan dan kesediaan petugas dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

KEAHLIAN

  • Semua murid, guru dan staf bukan guru SKPG adalah ahli Pusat Sumber Sekolah.
  • Setiap ahli akan dibekalkan dengan Kad Ahli dan diberi nombor ahli.
  • Sebarang peminjaman buku tidak dibenarkan tanpa kad ahli.
  • Setiap peminjaman mesti menggunakan kad ahli sendiri dan tidak boleh berpindah milik.
  • Kad ahli yang rosak atau hilang boleh diganti dengan kad ahli yang baru dengan kos RM 1.00.
  • Perubahan peraturan keahlian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa.

PEMINJAMAN BAHAN

  • Setiap ahli hanya dibenarkan meminjam empat buah buku sahaja dalam satu masa untuk tempoh seminggu iaitu dua buah buku Bahasa Melayu dan 2 buah Buku Bahasa Inggeris..
  • Ahli tidak dibenar meminjam buku bagi pihak murid lain.
  • Semua peminjam bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan buku yang dipinjam daripada hilang, koyak, diconteng, dsb.
  • Sekiranya buku yang dipinjam didapati terkoyak, rosak atau kotor dengan tidak sengaja, jangan cubamembaikinya sendiri. Sebaliknya kembalikan buku berkenaan dengan bilangan helaian yang cukup dan maklumkan kepada Penyelaras PSS / Guru PSS I / Pengawas PSS.
  • Buku rujukan, majalah, jurnal, risalah, dll. tidak boleh dipinjam keluar daripada perpustakaan.
  • Ahli hanya dibenarkan meminjam buku berbintik merah (red spot book) untuk tempoh dua jam  dan hanya boleh dirujuk di dalam bilik perpustakaan sahaja (tidak boleh dibawa keluar).
  • Peminjaman buku berbintik merah hendaklah direkod dalam ‘Buku Rekod Pinjaman Terhad’.
  • Peminjam boleh memperbaharui tarikh pinjaman yang tamat tempoh  sekiranya buku tersebut tiada tempahan daripada ahli yang lain.
  • Semua bahan boleh dibawa keluar dari bilik perpustakaan hanya setelah mendapat kebenaran daripada Penyelaras PSS / Guru PSS I / Pengawas PSS dan merekodkannya dalam buku rekod khas.

 

PEMULANGAN BAHAN

  • Buku yang dipinjam hendaklah  dipulangkan sebelum atau selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan (rujuk pada tarikh di slip tarikh pulang buku).
  • Peminjam yang lewat memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan akan dimaklumkan melalui pelbagai media, misalnya, diperhimpunan mingguan sekolah, radio sekolah, dsb.
  • Buku yang lewat dipulangkan oleh peminjam akan dikenakan kompaun sebanyak 10 sen satu hari tetapi tidak melebihi harga buku tersebut.
  • Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas setiap buku yang dipinjam. Sekiranya  buku  tersebut didapati hilang semasa dalam tempoh peminjaman, peminjam berkenaan dikehendaki menggantikan buku lain yang berjudul sama atau membayar ganti rugi sejumlah harga buku tersebut.
  • Peraturan-peraturan  lain yang berkaitan dengan pemulangan buku akan dimaklumkan oleh Penyelaras PSS / Pengawas PSS dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

CARA MEMINJAM BUKU  

  • Kenal pasti judul  atau perkara buku yang hendak dipinjam.
  • Kesan maklumat tersebut melalui OPAC di dalam komputer pinjaman.
  • Dengan maklumat yang diperoleh, sila kesan buku berkenaan di rak buku berkaitan.
  •  Ambil buku tersebut di rak dan keluarkan ,pastkan buku tersebut mempunyai kod palang.
  • Serahkan buku, dan kad keahlian kepada Pengawas PSS di Kaunter Sirkulasi (Bahagian Peminjaman) untuk diproses.
  • Terima buku yang siap diproses dan serahkan kepada Pengawas PSS di pintu keluar untuk disemak.
  • Anda dibenarkan membawa keluar buku berkenaan.

PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN SEMASA WAKTU BELAJAR

  • Guru dilarang daripada membawa murid kelasnya ke perpustakaan pada waktu rehat persekolahan.
  • Guru hendaklah sentiasa bersama muridnya semasa berada di perpustakaan.
  • Hanya satu kelas sahaja dibenarkan berada di perpustakaan pada satu masa.
  • Satu waktu mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diperuntukkan bagi setiap kelas untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di perpustakaan.
  • Pengajaran secara terancang hendaklah dilaksanakan semasa berada di perpustakaan.
  • Guru-Guru mata pelajaran lain boleh membuat tempahan slot waktu yang diperlukan untuk aktiviti P & P di perpustakaan.

PERATURAN-PERATURAN AM

  • Pengguna digalakkan memakai pakaian yang sesuai ketika berada di perpustakaan. Pakaian jeans, seluar pendek, skirt, pakaian seksi, selipar, dan pakaian-pakaian lain yang sejenis dengannya tidak dibenarkan sama sekali.
  • Pengguna hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan buku tulis sahaja ke dalam perpustakaan. Manakala beg, fail peribadi, dan bahan-bahan yang mencurigakan hendaklah diletak di atas para/rak di luar bilik perpustakaan.
  • Bahan-bahan di perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan sebelum ia direkod oleh Penyelaras PSS / Guru PSS I / Pengawas PSS.
  • Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan. Murid yang terlibat akan dihukum.
  • Pengguna dilarang daripada makan dan minum di dalam perpustakaan.
  • Berbincang, berbual, berkelakuan sumbang, dan  aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian pengguna lain adalah dilarang.
  • Pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan keselamatan bahan-bahan di perpustakaan.
  • Pengguna hendaklah meletak kembali buku yang telah dibaca/dirujuk ke rak asal buku tersebut. Sekiranya tidak pasti tempatnya, sila letakkan di troley yang di sediakan atau minta nasihat daripada Pengawas PSS yang bertugas.
  • Pengguna hendaklah menghormati dan mematuhi arahan daripada Pengawas PSS yang sedang bertugas.
  • Pengguna dilarang daripada berbuat bising atau mesti dalam keadaansenyap.
  • Pengguna diminta menarik kerusi dengan perlahan untuk mengelak daripada mengganggu pengguna lain.
  • Pengguna diminta merapatkan kembali kerusi yang digunakan ke meja sebelum beredar.
  • Pengguna hendaklah memastikan tangan dalam keadaan bersih semasa berada di dalam perpustakaan supaya bahan-bahan tersebut selamat daripada kekotoran.
  • Tarik buku atau bahan-bahan lain daripada rak dengan perlahan untuk mengelak bahan-bahan tersebut daripada rosak, koyak, dll.
  • Semasa keluar dari perpustakaan, pengguna dikehendaki mempamerkan bahan-bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan oleh Pengawas PSS.

KETENTERAMAN SEMASA DI PERPUSTAKAAN

  • Pengguna hendaklah menentukan kerusi yang digunakan dirapatkan  semula ke meja dalam keadaan senyap sebelum meninggalkan perpustakaan.
  • Murid dikehendaki beratur ketika hendak masuk, keluar atau ketika ingin meminjam dan memulang buku.
  • Semua murid dikehendaki keluar segara daripada perpustakaan dalam keadaan beratur dan senyap aopabila loceng penamat dibunyikan.
  • Murid tidak dibenarkan berdiri, berbuat bising atau melakukan sesuatu perbuatan yang boleh mengganggu pengguna di luar perpustakaan sepanjang tempoh perpustakaan dibuka.

LAIN-LAIN

  • Peraturan ini mesti dipatuhi oleh semua pengguna pada setiap masa dan keadaan.
  • Semua peraturan yang digubal ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan keadaan.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: