SEJARAH PENUBUHAN PSS

Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu telah ditubuhkan pada tahun 1882. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Sungai Tembus mengambil sempena nama sebatang sungai di kawasan ini. Bangunan asalnya adalah bangunan satu tingkat yang mengandungi tiga bilik darjah. Bilangan murid  yang belajar di sekolah ini ketika itu ialah seramai 32 orang. Pada masa ini buku-buku untuk bacaan murid terdapat pada sudut-sudut di dalam kelas.

Pada tahun 1958, Kementerian Pelajaran ketika itu telah meluluskan sebuah bangunan baru  dua  tingkat mengandungi 6 bilik darjah termasuk pejabat sekolah dan bilik guru. Bersempena dengan siapnya bangunan  baru ini, Jemaah Pengurus Sekolah ini telah membuat permohonan menukar nama sekolah ini kepada Sekolah Melayu Pasir Gebu, mengikut nama kampung di mana sekolah ini didirikan. Ketika ini buku-buku untuk bacaan murid ditempatkan di dalam sebuah bilikkecil yang dinamakan bilik bacaan.

Padas tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan sebuah lagi bangunan tambahan 3 tingkat yang mengandungi  bilik darjah, Perpustakaan, Bilik Tayangan dan surau. Buku-buku dan alat pandang dengar seperti radio, televisyen, OHP, slide projektor dan ABM telah bertambah.

Perpustakaan, Bilik Tayangan dan  Bilik ABM disatukan menjadi Pusat Sumber Sekolah pada tahun 1990. Pada 23 Julai 1998, Pusat Sumber sekolah ini telah diisytiharkan sebagai PusatSumberBestari.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: