MALAM LAILATUL QADAR


Ramadhan sudah beransur pergi. Hari ini hari yang ke 18 Ramadhan tahun ini. Allahuakbar! Cepatnya masa berlalu.

Dua hari lagi akan masuk lah kita di fasa terakhir Ramadhan iaitu fasa terpenting. 10 hari terakhir inilah yang terkandung malam yang berkat, malam “Lailatul Qadar”. Padanya diturunkan Al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah, Langit Dunia.

Ada banyak hadith yang menyuruh untuk kita mencari malam Lailatul Qadar ini di dalam sepuluh malam-malam yang terakhir di bulan Ramadhan, antaranya:

Hadith nabi:

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari)

Daripada Aishah r.a telah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)

Malam tadi saya mendengar tazkirah selepas solat terakwih yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias. Antara yang menarik perhatian saya ialah tips yang dikongsi daripada ulama besar Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :

”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir – 6341).

Jadi menurut Ustaz Mohd Ramadhan, pastikan bahawa kita menjaga kedua-dua perkara tersebut di 10 malam terakhir Ramadhan ini. Itu adalah antara syarat yang paling utama.

Jika kita mampu bersolat dan berqiam sepanjang malam, alhamdulillah. Lakukanlah!. Namun bagi yang bukan ahli qiam seperti saya ini mungkin ia tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya. Jadi orang yang sebegini, pastikan jangan tinggalkan solat isyak dan solat subuh berjemaah. Kerana mengikut hadith nabi di atas, jika kita melakukan kedua-dua solat tersebut secara berjemaah, ia seolah-olah melakukan solat di sepanjang malam. Bayangkan kita buat seperti yang disarankan pada malam Lailatul Qadar, ia seolah-olah kita melakukan solat sepanjang malam selama lebih daripada 83 tahun. Allahuakbar! Besarnya rahmat Allah kepada kita! Sayangnya Allah pada hambanya.

Ayuh, rakan-rakan…! Kita sematkan azam dan kuatkan semangat untuk berusaha supaya tidak meninggalkan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Itu adalah syarat paling rendah untuk menghadapi Malam Al-Qadar. Jika dapat melakukan ibadat yang lebih lagi alhamdulillah. Lagi besar ganjaran yang akan diperolehi.

Wallahua’lam

Doa yang patut dibacakan ketika bertemu malam lailatulqadar

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

doamalamlailatulqadar

Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: